KUNYIT, CEKUR & HALIA DALAM PENCEGAHAN MEROYAN
- Nur Syazwani Md Ibrahim
- Nov 15, 2018
- 1 min read
Dalam amalan berpantang orang Melayu, ibu selepas bersalin dijamukan dengan bahan
yang diadun khas untuk mengatasi pelbagai masalah yang timbul semasa dalam pantang (confinement). Diantara bahan-bahan yang digunakan ialah bahan-bahan dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan dalam keluarga ini bersifat panas dan dapat mengurangkan "angin" dalam badan ibu selepas bersalin.
.
.
Penyakit angin dikaitkan dengan penyakit sistem saraf mengikut fahaman perubatan moden. Salah satu masalah selepas bersalin ialah penyakit meroyan angin dan meroyan api dimana ibu mengalami "acute depression". Dalam fahaman perubatan moden, salah satu sebab ianya berlaku ialah kerana penurunan kadar oestrogen and progesteron dalam darah dengan kadar cepat.
.
.
Untuk menghindarkan perkara ini berlaku di dalam ramuan Jamu dan ubat periuk selepas bersalin dimasukkan jenis-jenis temu, cekur dan halia. Bila dikaji kandungan fitokimia bahan-bahan ini terdapat pelbagai jenis polifenol yang terkumpul dalam kumpulan fitosterols atau fitooestrogen dan fitoprogesteron. Mungkin dengan adanya fitokimia dalam bahan-bahan ini boleh mengurangkan kesan penurunan hormon wanita dengan ketara dan mengelak dari jadinya "post-partum depression" atau "post-partum blues."
.
.
Mungkin cara kefahaman dan jalan cerita disebaliknya berbeza antara perubatan Melayu kuno dan perubatan moden. Tetapi, amalan berpantang dan pemakanan Jamu dan ubat periuk selepas bersalin telah berkurun lamanya berjaya mengurangkan kejadian "post-partum depression" dikalangan ibu selepas bersalin.
.
.
Jadi kenapa perlu memandang serong pada Jamu? Sedangkn Jamu ini hanyalah ramuan bahan semula jadi yg di gunakan Dari zaman dulu!
.

Comentarios