top of page
photo_2018-08-25_17-41-31.jpg

 SISFEL - FROM WOMEN TO WOMEN

Home: Welcome
Home: Blog2
Search

"Depression? Ala, masalah kecil je.. Nanti hilang la rasa sedih tu.. "

  • Writer: Nur Syazwani Md Ibrahim
    Nur Syazwani Md Ibrahim
  • Sep 24, 2018
  • 1 min read

Updated: Nov 15, 2018


Ramai yang salah faham bila bercakap soal Kemurungan.

Kemurungan adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius. Rasa sedih, pilu, kecewa, putus harapan, hilang semangat. Semua rasa ini terkumpul dalam satu jasad, satu jiwa.

Kita tak dapat makan makanan yang kita nak, kita sedih kan? Baju kita hilang, kita sedih. Tak dapat bercuti, kita sedih. Itu adalah sedih yang biasa. Sedih yang boleh hilang dalam satu atau dua hari.

Sedih dalam konteks kemurungan adalah sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.

Dalam tempoh Kemurungan, seseorang itu akan hilang rasa untuk bersosial, tidur seharian, berkurung di dalam bilik, apatah lagi mahu makan dan minum. Kemurungan adalah satu virus yang membunuh jiwa dalam diam.

Hormon serotonin, dopamin dan norepinefrin yang bertanggungjawab dalam mengawal perasaan di otak menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan kemurungan.

Disini,saya sertakan beberapa langkah untuk menangani penyakit atau masalah ini.

1. Anda perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda. 2. Jauhkan daripada berfikiran negatif. 3. Melakukan senaman untuk meningkatkan Andrenalin 4. Bagi yang beragama Islam, jangan lupa solat 5 waktu sehari semalam.

Menjaga kestabilan hormon tersangatlah perlu kerana ia meliputi segala aspek. Daripada emosi akan mempengaruhi fizikal tubuh badan dan seterusnya memberi kesan kepada individu sekeliling dan persekitaran.

Jom jaga hormon dan emosi kita dengan #sisfel. Sayangi dan hargai diri anda.




ree
 
 
 

Comments


CONTACT

Terima Kasih kerana berminat dengan Sisfel - From Women To Women.
Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang Set Jamu Sisfel @
sebarang pertanyaan boleh direct Whatsapp untuk fast respond . 

http://www.wasap.my/60147387553/Sisfel


#sisfel

0147387553

  • facebook
  • facebook
40143743_137360000532435_844652913008993
Home: Contact

©2018 by Sisfel - From Women To Women. Proudly created with Wix.com

bottom of page